Welcome to Munif Hijjaz 2u

Hotline0133336468

Shopping Cart

Munif Hijjaz Sdn Bhd

Syarikat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd (879004-X) memulakan operasinya pada awal bulan Januari 2010 dan berkembang sehingga ke harini ini. Telah diasaskan oleh Ustaz Munif bin Ahmad merangkap Pengarah Syarikat bersama rakan kongsinya Encik Abdul Malek bin Manap yang bertindak sebagai Pengarah Urusan bagi syarikat ini. 

Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd merupakan pelopor pertama mengeluarkan produk minuman yang mengandungi (Al-Manna Arabic Gum) dan merupakan produk minuman yang sangat laris di Astro Go Shop sejak tahun 2018 sehingga ke hari ini.

Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd telah berjaya mengeluarkan pelbagai jenis produk minuman, makanan serta produk penjagaan diri yang pastinya ke semua produk sesuai untuk semua lapisan usia. Antara produk yang sentiasa mendapat sambutan hangat ialah produk Munif Cocoa Arabic Gum dan Better Cafe. Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd juga mengeluarkan produk mesra diabetik iaitu produk Black Cofee dan Black Tea yang mana di dalamnya mempunyai Stevia, Peria Katak dan Kayu Manis.

Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd mempunyai lebih dari 50,000 keahlian berserta agen di seluruh Malaysia. Produk-produk Munif Hijjaz juga telah berjaya memasuki Pasaraya di Malaysia antaranya adalah Hero Market, Pasaraya Aeon, Pasar Raya Darul Makmur, Super Seven dan Kedai Runcit yang telah berdaftar dengan HQ Munif Hijjaz. 

Selain daripada Pasaran Malaysia, Syarikat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd juga telah melebarkan sayapnya dengan menembusi pasaran luar negara seperti di negara Brunei, Togo, Saudi Arabia dan Singapore.

 

 

Ask us on WhatsApp